BEIJING 10 Okt. – Wilayah Xinjiang akan melaksanakan undang-undang penyeragaman baharu terhadap program anti keganasan di `pusat-pusat pendidikan semula’ yang telah mengundang kritikan hebat ekoran penahanan hampir sejuta penduduk, majoritinya umat Islam. Semakan semula undang-undang baharu itu yang diluluskan semalam menggesa kerajaan tempatan untuk menangani keganasan dengan mewujudkan `pusat-pusat pendidikan vokasional’ yang akan mengendalikan `tranformasi pendidikan terhadap individu yang terpengaruh dengan ekstrimisme’. Menurut laman sesawang kerajaan tempatan, undang-undang itu menetapkan…










