KECEMASAN adalah satu keadaan yang berlaku di mana kebanyakan daripada kita tidak berada dalam keadaan bersedia. Ia menyebabkan panik dan kadang-kala berlaku tindakan di luar kawalan yang mungkin boleh memudaratkan. Kecemasan yang paling menakutkan boleh berlaku di rumah atau pejabat apabila salah seorang daripada ahli keluarga atau rakan sekerja menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan mereka berhenti bernafas dan jantung tidak berdenyut. Mereka memerlukan satu bantuan kecemasan yang dipanggil pemulihan pernafasan dan jantung iaitu resusitasi kardiopulmonari (CPR). Mungkin ramai yang pernah dengar mengenai CPR, namun berapa ramaikah yang tahu bagaimana CPR…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya