KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan minat terhadap projek perintis untuk melantik ‘Hospital Pilihan WHO’ di Malaysia. Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataannya dari Manila, Filipina hari ini berkata, WHO sedang serius menimbangkan Malaysia untuk projek perintis itu atas dasar kebolehcapaian dan kemudahan sokongan yang sangat baik serta telah sedia ada. Katanya, menerusi projek yang pertama seumpamanya di dunia itu, WHO berminat untuk memastikan kakitangannya dari pelbagai negara…










