KALASIN, Thailand –
Seorang lagi mangsa adalah remaja perempuan yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Butiran mengenai dua kematian lain belum didedahkan kepada media setakat ini.
Rentetan kejadian itu, ramai penduduk percaya terdapat kuasa ghaib yang menjadi punca kematian tersebut dan mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak menjadi mangsa.
Seorang psikik, Bussadee Malasee, 60, yakin kematian penduduk disebabkan dua jenis hantu iaitu hantu janda dan hantu ‘pop’.
Beliau berkata, hantu janda menyasarkan golongan lelaki dan mengambil nyawa mereka, sementara hantu ‘pop’ memasuki dan menguasai tubuh orang tua.
Dikatakan tidak ada cara dapat menghalang hantu ‘pop’ menyerang manusia.
Namun penduduk lelaki boleh mengelak menjadi mangsa hantu janda dengan mewarnakan kuku.
Selain itu, mereka perlu memaparkan tanda-tanda yang memperlihatkan tidak ada lelaki tinggal di dalam sesebuah rumah. – ODDITYCENTRAL











