KUANTAN – Seorang warga emas berusia 71 tahun maut selepas terjatuh ke dalam longkang sejurus turun dari bas dalam kejadian di Beserah dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu menyebabkan Mek Teh Dagang, 71, cedera parah pada kepala. “Mangsa cedera teruk pada kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada pukul 1.30…










