KEMAMAN – Seorang warga emas maut digilis sebuah lori treler membawa muatan bahan kimia di Kilomter 156, Jalan Kuantan -Kuala Terengganu berhampiran persimpangan lampu isyarat Kawasan Perindustrian Jakar, Mak Lagam di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7.55 pagi itu, mayat Mamat Jumaat, 78, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 ditemui tersepit di celah tayar lori treler berkenaan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian,…










