BEIJING – Rakyat China yang mengetuai pasukan polis antarabangsa, Interpol, meletak jawatan semalam ketika Beijing mengumumkan individu berkenaan kini disiasat kerana melanggar undang-undang negara, manakala isterinya menyuarakan kebimbangan tentang nyawa suaminya selepas dia hilang secara tiba-tiba. Beijing berdiam diri mengenai nasib Presiden Interpol, Meng Hongwei yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Awam China sejak pegawai-pegawai Perancis mendedahkan pada Jumaat lepas bahawa dia dilaporkan hilang selepas pulang ke tanah air dari Perancis,…










