DARO – Seorang wanita yang sedang menjala ikan maut selepas dipercayai dibaham oleh seekor buaya di Sungai Kampung Sawai dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Maznah Moh, 39, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihak bomba hanya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari. Jelasnya, berdasarkan maklumat diterima, mangsa dikatakan keluar menjala ikan seorang diri dengan menggunakan sebuah perahu. “Bagaimanapun, kehilangan mangsa hanya disedari penduduk kampung apabila mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya