PONTIAN 21 Okt. – Bekas pengurus sebuah restoran makanan segera di daerah ini menderita penyakit buah pinggang sejak awal tahun ini menyebabkannya tidak berupaya untuk berkerja. Norhayati Selamat, 32, kini terpaksa menjalani rawatan di sebuah pusat hemodialisis di Taman Megah di sini yang jaraknya kira-kira 70 kilometer pergi dan balik dari rumahnya di Kampung Tanjung Piai. Dia kini tinggal bersama ibu mertuanya, Suriyati Saadon, 48, dan suaminya, Syamsul Iqmal, 26,…










