PORT DICKSON 12 Okt. – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui pernah bercita-cita menjadi seorang doktor yang berjaya dan dikenali, namun akhirnya bergelar ahli politik. Timbalan Perdana Menteri yang merupakan pakar mata berkata, pengalaman melihat pesakitnya pulih selepas menjalani pembedahan memberi kepuasan dalam kerjaya sebagai doktor. “Cita-cita saya menjadi doktor yang terbaik, terkenal tetapi bertukar menjadi ahli politik. Tetapi yang penting kita kena belajar dan cuba sedaya upaya.…










