Wan Azizah kesal Suu Kyi abai isu Rohingya - Utusan Malaysia

Wan Azizah kesal Suu Kyi abai isu Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.

Wan Azizah berkata, reputasi Suu Kyi sebagai Pemenang Hadiah Keamanan Nobel tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kempen keganasan yang berlarutan sekian lama itu.

“Kita dulu pun sama-sama mengetengahkan demokrasi di Myanmar.

“Saya berasa kesal Aung San Suu Kyi tidak membuat apa yang dulunya kita sama-sama rasakan bahawa dia perlu campur sama,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menemui Federica Maria Mogherini, Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar Negeri dan Dasar Keselamatan pada Khamis.

Wan Azizah berkata, dalam pertemuan dua hala dengan wakil EU di luar mesyuarat Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-12 (ASEM) itu, Federica Maria membangkitkan masalah pelarian Rohingya kerana Malaysia antara jiran Myanmar yang mendapat limpahan pelarian yang diusir. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN