Kedua-dua wakil negara ini tampil cemerlang untuk menewaskan 500 peserta lain bagi merebut Anugerah Pereka Muda Asia anjuran Nippon Paint baru-baru ini. MEMORI melawat Tugu Negara di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur kira-kira 17 tahun lalu masih mekar dalam ingatan Ng Wai How, 27. Anak jati Hulu Langat, Selangor itu begitu teruja melihat sekumpulan anggota tentera mengibar Jalur Gemilang setinggi 15 meter. Rasa bangga itu membuak-buak kerana dapat melihat sendiri…










