PASIR PUTEH 13 Okt. – Lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar, guru, anggota polis dan komuniti menyertai acara walkaton sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku, di sini hari ini. Dalam program santai bermula sejak 8 pagi itu, para peserta berjalan beramai-ramai mengelilingi Kampung Semerak di samping menyertai acara senamrobik. Guru Besar sekolah itu, Faxrurazi Nasir berkata, sambutan tersebut adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mempromosi HSN 2018 sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan rakyat menerusi aktiviti sukan dan riadah. Ujar beliau, komitmen padu diberikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya