PUTRAJAYA 5 Okt. – Kejadian enam anggota bomba mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini disifatkan sebagai satu tragedi yang luar biasa serta satu dalam sejuta. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, walaupun kejadian berlaku di kawasan air yang cetek iaitu pada paras dada, tetapi apa yang berlaku adalah di luar kawalan semua…










