[VIDEO] Sukan susun cawan : Nampak mudah namun kelajuan penentu kejayaan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sukan susun cawan : Nampak mudah namun kelajuan penentu kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Sukan susun cawan (cups stacking) kedengaran agak mudah namun setelah melihat sendiri pemain professionalnya memainkan aksi susun cawan tersebut, pasti mata yang melihat akan rasa begitu teruja.

Pemain perlu menyusun himpunan cawan kepada bentuk segi tiga dan dipecahkan lagi kepada tiga bahagian pula.

Kemudian, kesemua cawan tersebut perlu disusun semula seperti asal dalam tempoh yang singkat dan pemenang akan dinilai berdasarkan tempoh saat yang berjaya dicapai.

Ujar seorang pelajar, Thian Jian Ming, 15, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentul Utama, dia telah bermain sukan itu sejak kecil dan rekod terpantas yang pernah dikecapinya adalah sekitar empat hingga lima saat sahaja.

“Antara kelebihan sukan ini adalah membolehkan pemain meningkatkan ketajaman koordinasi tangan serta mata dan juga reaksi secara serentak.

“Pemain juga dapat mengembangkan potensi kecergasan otak kiri dan kanan selain memberi kelebihan kepada perkembangan fizikal serta tenaga untuk total,” katanya ketika ditemui Utusan Online dalam program Hari Sukan Negara 2018 di KL Sport City, Bukit Jalil.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Sukan Susunan Antarabangsa (WSSA) Malaysia, Alan Lim Joon Tatt berkata, golongan anak-anak yang berusia di bawah 18 tahun digalakkan mencuba dan bermain dengan sukan susun cawan ini.

“Ia mungkin kelihatan seperti acara sukaneka namun acara ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana sukan ini adalah sukan yang bersifat antarabangsa.

“Tidak lama lagi, Malaysia akan turut berentap dalam pertandingan ini melawan 12 negara Asia yang lain untuk acara Sukan Asia Kuala Lumpur yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN