[VIDEO] Sebak tatap pakaian - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sebak tatap pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU (Indonesia) 30 Okt. – Wajahnya tetap tenang apabila melayani kerenah para pelajar, namun hanya Tuhan yang mengerti perasaan Cikgu Dahlan Kandupi, 54.

Apa tidaknya, Pengetua Mad­rasah Tsanawiyah Negeri 1 itu kehilangan isteri tercinta, Nurhayati Anwar, 49, dan anak perempuannya, Afifah Indah Riyani, 17, dalam kejadian gempa yang ‘menelan’ rumah mereka di Perunas Balaroa, dekat sini pada 28 September lalu.

Walaupun sudah sebulan berlalu, namun beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Dahlan tetap sebak dan menangis apabila menatap pakaian isterinya yang masih ada di tapak rumah mereka setiap kali mengunjungi kawasan tersebut.

“Isteri saya meninggal tidak berapa lama selepas berjaya dibawa keluar, namun jenazah anak perempuan saya masih belum ditemukan hingga kini dan anak lelaki, Ardiyausa, 27, selamat tetapi cedera parah dan kini dirawat di hospital.

“Semasa kejadian saya berada di Bengkulu kerana ada tugasan di sana. Kalau saya ada di sini, mungkin saya juga jadi korban,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada kejadian kira-kira pukul 6 petang 28 September lalu, dianggarkan kira-kira 1,000 rumah di Perunas Balaroa dan Kampung Balaroa yang terletak berhampiran ‘ditelan’ bumi apabila seperti dikisar sehingga mengorbankan lebih 7,000 nyawa dan hingga kini masih tertanam di kawasan tersebut.

Sementara itu, seorang peniaga gerai yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Udin, 52, menyi­fatkan pengalaman di kawasan pantai semasa dilanda tsunami begitu menakutkan.

Menurutnya, tsunami datang begitu cepat dan tinggi sehinggga ramai peniaga dan orang ramai yang berada di kawsan pantai tidak sempat melarikan diri.

“Saya sempat menyelamatkan diri ke kawasan daratan di celah-celah kedai. Apabila saya nampak tsunami datang, saya menjerit meminta pekerja di gerai dan orang ramai supaya menyelamatkan diri, namun ramai yang tidak sempat dan dibawa arus tsunami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN