[VIDEO] Proses pemilihan PKR Lembah Pantai kecoh - Utusan Malaysia

[VIDEO] Proses pemilihan PKR Lembah Pantai kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Proses pemilihan PKR cabang Lembah Pantai dan Wangsa Maju sedikit kecoh ekoran ketiadaan saluran khas kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk mengundi.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedua-dua lokasi itu mendapati ada beberapa warga emas yang pitam akibat keletihan menunggu.

Calon Ketua Cabang Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, atas budi bicara dan perbincangan dengan calon-calon lain, mereka membenarkan warga emas yang kurang berupaya atau kurang celik teknologi maklumat (IT) untuk ditemani seorang ahli keluarga atau penyokong untuk membantu mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga ingin mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) supaya ia diperluaskan ke pemilihan-pemilihan yang lain memandangkan ramai di antara warga emas yang masih tidak tahu menggunakan sistem e-undi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota dari 13 cabang parti itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini