KUCHING 3 Okt. – Polis bertindak menyerbu dan memotong bekalan elektrik di beberapa premis menjual loteri haram dan perkhidmatan isian semula judi dalam talian yang masih tegar beroperasi di daerah ini dan Padawan sebentar tadi. Serbuan dijalankan oleh lima pasukan dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diketuai Asisten Superintenden Lim Jaw Shyong. Difahamkan tindakan tersebut diambil…










