KUALA KANGSAR 12 Okt. – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan lima individu maut di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sabtu lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah. Tertuduh, Mohd. Zaidi Di, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd. Saad. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga…










