KUALA LUMPUR 13 Okt. – Biarpun sukan ini belum mendapat sambutan dan kurang dikenali di Malaysia berbanding sukan-sukan lain namun jika di peringkat antarabangsa, sukan parkour adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Ini kerana bukan calang-calang orang dapat beraksi dalam sukan parkour ini kerana latihannya sememangnya memakan masa berbulan-bulan sebelum dapat menghasilkan pergerakan yang cukup baik. Ujar Marcus Lim, 27, yang merupakan pengasas dan Presiden Persatuan Parkour dan Larian Bebas…










