[VIDEO] Mekanisme baharu penyaluran dana pembangunan sedang diperhalusi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mekanisme baharu penyaluran dana pembangunan sedang diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 5 Okt. – Kerajaan sedang memperhalusi satu mekanisme baharu berhubung penyaluran dana projek pembangunan di semua negeri termasuk di bawah pentadbiran pembangkang supaya dibuat secara adil dan telus.


Video oleh MAHATHIR ALI

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah memastikan pembangunan di semua 14 negeri di negara ini dibuat secara saksama khususnya masih terdapat negeri yang ketinggalan dan terdapat juga di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, mekanisme baharu berkenaan menjamin ketelusan dan pada masa sama memberi impak pembangunan yang jelas kepada rakyat.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melihat cadangan ini supaya mekanisme tersebut tidak mewujudkan dua kerajaan seperti diamalkan UMNO. Ia mesti satu mekanisme yang telus untuk menyampaikan khidmat kepada rakyat.

“Sebagai contoh sebelum ini seperti pembayaran royalti kepada Terengganu. Ia disalurkan atas nama wang ihsan, sudah tentu ia tidak telus dan hanya dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO di bahagian-bahagian berkenaan. Kita tidak mahu mereka menguasai dana kerajaan yang sepatutnya untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pidato Malaysia Baharu di Kompleks Dagangan Indera Mahkota di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini