[VIDEO] Lelaki penggal kepala bapa, tanam belakang rumah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lelaki penggal kepala bapa, tanam belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Okt. – Mayat seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan dalam keadaan kepala dipenggal tertanam di belakang rumahnya di Kampung Kanthan Baru, Chemor dekat sini hari ini.


Video oleh SYEFRY MONIZ

Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kepala You Su Kim yang merupakan orang kurang upaya (OKU) ditemukan pada jarak 12 meter daripada anggota badan lain yang dibuang di dalam lubang pembentungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, susulan penemuan tersebut, seorang lelaki berusia 52 tahun yang merupakan anak lelaki mangsa ditahan kerana dipercayai sebagai suspek utama kes tersebut.

Katanya, selepas soal siasat, suspek kemudiannya menunjukkan bahagian belakang rumah sebelum pihak polis mendapati terdapat kepala manusia yang telah dipotong.

“Suspek mengakui anggota badan bapanya yang lain telah dibuang ke dalam lubang pembentungan di belakang rumah mereka selain menunjukkan sebilah parang panjang yang digunakan untuk memotong mangsa.

“Kejadian ini dipercayai berlaku tengah malam tadi dan jiran mangsa 
memaklumkan ada mendengar pertengkaran dua beranak itu petang semalam.

“Siasatan terhadap suspek yang telah tiga bulan tidak bekerja itu mendapati  dia sering dimarahi bapanya kerana menghisap dadah dalam rumah,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini