[VIDEO] Lelaki diburu larikan duit tabung masjid - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lelaki diburu larikan duit tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 19 Okt. – Polis Seberang Perai Utara (SPU) kini sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri duit di dalam tabung sebuah masjid di Tasek Gelugor awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah mengenal pasti lelaki yang dianggarkan berusia 20-an, berbadan kurus dan tinggi itu.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh jemaah yang datang untuk solat Subuh pada Rabu lalu yang mendapati tabung di bahagian luar belakang masjid tersebut telah diumpil.

“Menurut siak masjid, tabung itu dilihat berada dalam keadaan baik ketika mereka habis bersolat pada pukul 9.30 malam sehari sebelum itu.

“Ketika kejadian tiada saksi berada di masjid itu namun ia berjaya dirakam kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang lelaki berusia 20-an mengumpil tabung duit itu yang dilekatkan pada dinding,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN