PUTRAJAYA 18 Okt. – Lebih 200 penyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap penahanan Presiden UMNO itu. Mereka yang terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO serta penduduk Parlimen Bagan Datuk dilihat berkumpul sambil memakai baju kemeja T berwarna jingga bertulis ‘Lokap SPRM’. SPRM hari ini mengesahkan Ahmad Zahid Hamidi ditahan mengikut Akta…










