[VIDEO] Kakitangan TM maut kes langgar lari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kakitangan TM maut kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 18 Okt. – Seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi maut dalam satu kes kemalangan langgar lari di hadapan Shaftbury di sini, petang semalam.

Kes kemalangan tersebut menjadi tular selepas sebuah video yang dipercayai dirakamkan di tempat kejadian menunjukkan mangsa dilanggar dan diseret oleh sebuah kenderaan ketika hendak melintas jalan.

Difahamkan, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia awal pagi hari ini selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Video dari Media Sosial

Dipercayai sebelum kejadian berlaku, mangsa sempat membeli minuman teh ais di salah sebuah kedai yang berhampiran.

Jenazah difahamkan akan disembahyangkan di Masjid Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan dikebumikan selepas solat Asar.

Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia bagi mendapat maklum balas Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN