[VIDEO] Industri teksi terkubur? - Utusan Malaysia

[VIDEO] Industri teksi terkubur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kerajaan digesa segera melakukan transformasi terhadap industri teksi di negara ini agar ia mampu bersaing dengan perkhidmatan ­e-hailing.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputera Malaysia (Perbumi), Datuk Mohd. Alias Abdul berkata, jika tiada penambahbaikan dilaksanakan, industri berkenaan dikhuatiri akan terus terkubur sekali gus menjejaskan pendapatan golongan pemandu teksi.

Jelas beliau, inilah masanya kerajaan pim­pinan Pakatan Harapan membantu golongan tersebut yang rata-­ratanya berpendapatan rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHD.ALIAS
MOHD.ALIAS 

“Saya secara jujur mengakui memang pemandu teksi terkesan dengan pendapatan yang semakin berkurangan akibat persaingan Grab, namun kerajaan kena buat sesuatu untuk membantu pemandu teksi.

“Bukannya semua pemandu teksi melakukan kesalahan se­perti caj mahal, teksi kotor dan kurang ajar, segelintir sahaja. Ini juga disebabkan ‘mood’ mereka (pemandu teksi) sudah tiada. Sekiranya ada penyelarasan, kemungkinan masalah ini akan selesai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendapatan pemandu teksi masa kini yang dikatakan hanya mampu memperoleh RM10 sehari meskipun seawal 6 pagi sudah keluar mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Tinjauan di sekitar Terminal Feri Langkawi semalam mendapati ramai pemandu teksi menghadapi masalah sama dan menjejaskan pendapatan mereka dalam tempoh dua tahun setelah kewujudan perkhidmatan e-hailing.

 

Sementara itu, Presiden Per­satuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Sela­ngor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berkata, kehadiran Grab, tiga tahun lalu menyebabkan pemandu teksi mengalami kesulitan dan pendapatan mereka semakin terjejas.

“Kerajaan perlu selesaikan masalah pemandu teksi, kaji semula peraturan yang diberi kepada pemandu Grab. Adakah mengikut undang-undang sedia ada?

“Pemandu teksi berdaftar tapi pemandu Grab tidak pula berdaftar, kenapa kerajaan tidak ambil sebarang tindakan?” soalnya.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini