[VIDEO] Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus - Utusan Malaysia

[VIDEO] Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Okt. – Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara, meletus pagi ini.

Gunung itu meletus  pada 8.47 pagi tadi (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik  berwarna kelabu setinggi 4,000 meter yang kepulannya menghala ke arah barat laut, namun setakat ini dilaporkan  tidak menjejaskan aktiviti penduduk  atau mengganggu operasi penerbangan pesawat.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan melarang penduduk  melakukan kegiatan dalam lingkungan empat kilometer dari gunung berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Buat masa ini BNPB serta Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang  memantau  perkembangan letusan gunung berapi itu, katanya.

Kali terakhir gunung berapi berketinggian 1,784 meter yang terletak kira-kira 56 km dari Kota Manado itu meletus ialah pada 2015.

Pada Jumaat lepas,  Sulawesi Tengah  dilanda gempa bumi dan tsunami yang menyebabkan lebih 1,000 orang disahkan terkorban setakat ini selain memusnahkan puluhan ribu bangunan dan kediaman.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 pada Skala Richter itu turut mencetuskan  lebih 250 gempa susulan sehingga kini.-Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini