JAKARTA 3 Okt. – Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara, meletus pagi ini. Gunung itu meletus pada 8.47 pagi tadi (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter yang kepulannya menghala ke arah barat laut, namun setakat ini dilaporkan tidak menjejaskan aktiviti penduduk atau mengganggu operasi penerbangan pesawat. Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan…










