JOHOR BAHRU 23 Okt. – Mahkamah Majistret di sini pagi tadi membenarkan tahanan reman selama lima hari ke atas 12 pegawai belia dan sukan bagi membantu siasatan bersubahat membuat tuntutan palsu melebihi RM90,000, tiga tahun lalu. Majistret, Siti Hajar Ali membenarkan tahanan reman bermula hari ini terhadap kesemua suspek selepas permohonan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anis Redza Muhamad Anuar. Perintah tahanan reman ke atas…










