[VIDEO] 10 deretan kedai musnah terbakar - Utusan Malaysia

[VIDEO] 10 deretan kedai musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Sebanyak 10 deretan kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Mewah 2, Taman Ampang Mewah, di sini hari ini.


Video ihsan JABATAN BOMBA

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.31 petang sebelum 21 anggota dari tiga balai bomba dikejarkan ke lokasi.

“Balai bomba yang terlibat ialah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, BBP Pandan dan BBP Keramat.

“Api yang memusnahkan 100 peratus deretan kedai tersebut berjaya dikawal dalam masa kira-kira sejam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN