Vettel tekad buru kemenangan - Utusan Malaysia

Vettel tekad buru kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN, Texas 19 Okt. – Sebastian Vettel akan melakukan apa sahaja untuk mencipta kemenangan dalam perlumbaan hujung minggu ini yang bakal menyaksikan pemburuan gelaran dunia pada Grand Prix Formula 1 (F1) Amerika Syarikat, kata pemandu Jerman itu kepada pemberita, hari ini.

Bercakap menjelang perlumbaan, Ahad ini, yang merupakan percubaan terakhir untuk menyekat Lewis Hamilton daripada mengatasinya merangkul gelaran dunia kelima, Vettel berkata, dia merancang untuk beraksi secara agresif sedaya yang boleh.

Pemandu Mercedes, Hamilton yang turut berkongsi rekod kemenangan dengan Vettel merangkul empat gelaran, bakal dinobatkan sebagai juara dunia jika dia berjaya mencipta jurang lapan mata dengan Vettel dari Ferrari pada Grand Prix Amerika Syarikat.

“Saya rasa ia mudah buat kami. Kami ketinggalan agak jauh di belakang jadi kami perlu fokus untuk memburu kemenangan dan selepas itu, baru kami melihat apa yang pencabar kami sedang lakukan.

“Jujurnya, apa yang kami perlu lakukan lebih mudah. Saya selalu cuba mencipta kemenangan dan berpendapat anda perlu benar-benar agresif untuk memburu kejayaan. Sudah tentu anda perlu mendapat keseimbangan yang betul,” kata Vettel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN