KUALA LUMPUR 5 Okt. – Ribuan kawasan bekas lombong yang terdapat di seluruh negara boleh diumpamakan seperti ‘jerangkap samar’ yang hanya menanti masa untuk ‘menelan’ mangsanya. Walaupun begitu, masyarakat masih tidak mengendahkan bahaya tersebut apabila kerap menjadikan lombong sebagai lokasi memancing atau kawasan rekreasi bersama keluarga. Tetapi tahukah anda bahawa air lombong bijih timah sebagai contoh mengandungi logam berat seperti kromium yang jika memasuki badan manusia boleh mengundang pelbagai jenis…










