UMNO Shah Alam tidak lemah, teguh di belakang pemimpin - Utusan Malaysia

UMNO Shah Alam tidak lemah, teguh di belakang pemimpin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – UMNO tidak akan lemah disebalik penahanan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin parti itu termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azahari Shaari berkata, ini berikutan tindakan demikan dilihat sangat selektif selepas perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“UMNO Shah Alam khususnya akan berdiri teguh di belakang pemimpin tinggi parti termasuk Ahmad Zahid.

“Situasi itu (penahanan dan pendakwaan) tidak akan melemahkan dan meruntuhkan UMNO sebaliknya akan menguatkan semangat para ahli terhadap UMNO itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

Terdahulu beliau bersama 100 orang hadir dalam majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat untuk selamatkan agama, pemimpin dan parti UMNO serta negara di Banguman UMNO Shah Alam di sini.

Azhari turut mempersoalkan beberapa insiden yang melibatkan pemimpin kerajaan kini seperti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dibebaskan daripada tuduhan rasuah sebelum ini.

“Rakyat kini boleh menilai di mana kaca atau permata walaupun kedua-duanya bersinar namun berbeza dari segi nilainya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa seramai 23,000 ahli di bahagian tersebut masih kukuh bersama dan tidak keluar parti sejak PRU-14 lalu. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN