KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa UMNO kini tidak wujud lagi. Presiden UMNO itu juga tidak mahu melayan dakwaan yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir terhadap partinya. “Tak payahlah, Kan saya ada. Nampakkan? UMNO masih ada,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Ketika ditanya sama ada UMNO akan mengambil tindakan untuk menangkis…










