LONDON 30 Sept. – BINTANG tengah Chelsea, Eden Hazard mahu Daniel Sturridge mengulangi jaringan cantiknya apabila Liverpool menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini. Hazard dan Sturridge masing-masing meledak gol mengagumkan ketika Chelsea dan Liverpool seri 1-1 hari ini. Jaringan itu hadir empat hari selepas kedua-dua mereka turut meledak gol cantik pada pusingan ketiga Piala Liga di Anfield, yang menyaksikan Chelsea menyingkirkan Liverpool 2-1. Sejurus tamat perlawanan,…










