SINGAPURA 22 Okt. – Uber Technologies Inc. (Uber) memutuskan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) berhubung penggabungannya dengan syarikat serantau, Grab yang didapati melanggar undang-undang persaingan negara. Uber dalam kenyataannya berkata, rayuan tersebut dibuat secara bebas daripada Grab. “Keputusan CCCS mengenai urus niaga yang didapati menyebabkan pengurangan persaingan yang ketara, dan Uber dengan sengaja melanggar undang-undang, adalah tidak disokong dan tidak benar,” kata Uber dalam…










