Tuntutan harta - Utusan Malaysia

Tuntutan harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Abang saya dan isterinya telah meninggal dunia. Semasa hidupnya, disebabkan tidak boleh membuat pinjaman dengan bank, dia menggunakan nama anak sulung daripada bekas isterinya tetapi abang saya yang membayar pinjaman itu.

Adakah anak-anak lain juga mendapat hak ke atas rumah tersebut? Saya perlukan jawapan supaya anak-anak arwah tidak bergaduh kerana anak sulungnya hendak menjual rumah tersebut.

Ibu Saudara, Kuala Lumpur.

UKE: Adakah di atas geran rumah itu tertulis nama anaknya atau nama si arwah? Kalau geran dan pinjaman sudah atas nama anaknya maka dari segi perundangan mungkin menjadi hak milik anak tersebut.

Tetapi si anak juga harus ingat bahawa arwah hanya menggunakan nama si anak untuk urusan pinjaman malah bayaran bulanan juga dibayar oleh si arwah. Maka di sini saya menasihatkan kepada si anak sulung agar berpakatlah dengan adik-beradik yang lain agar pembahagian harta itu diselesaikan dengan secara baik kerana masing-masing mengetahui kedudukan rumah tersebut. Tidak ke mana pun harta, wang dan sebagainya melainkan akan ditinggalkan di dunia ini.

Maka jangan harta benda ini menjauhkan kita adik-beradik yang akan mengakibatkan kemurkaan Allah SWT. Kasihanilah akan roh ibu ayah kita di sana. Ingatlah pergorbanan mereka mencari rezeki untuk anak-anak.

Kalau dalam geran itu nama si anak maka apa saya nak cakap lagi, kerana sudah nama si anak. Tapi saya yakin anak itu tahu semua cerita tentang pinjaman, perjanjian mulut, saksi, bayaran bulanan dan sebagainya. Bagi saya tidaklah rugi kalau kita berpakat adik-beradik untuk mengikut jalan agama.
 

Tempah barang tak bayar

Kawan saya meminta saya membuat tempahan barang dan saya telah mendahulukan wang saya. Tapi kawan saya sering memberikan alasan untuk tidak mengambil barang itu dan membayar wang saya. Alasannya, dia tidak berhutang dengan saya kerana barang itu ada pada saya. Apakah itu dikira sebagai hutang?

Fairuz, Segamat.

UKE: Itu namanya berbohong dan mengkhianati kawan. Sepatutnya bila sudah tempah barang dan menggunakan pula duit orang lain maka hendaklah dibayar semula wang tersebut.

Perbuatan begini tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi terhadap kawan sendiri. Saya nasihatkan anda berhati-hati selepas ini dan jika dia ingin memesan barang, sila minta duit dia terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN