Tular 2 maut keracunan selepas makan laksa, Jabatan Kesihatan jalankan siasatan - Utusan Malaysia

Tular 2 maut keracunan selepas makan laksa, Jabatan Kesihatan jalankan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 8 Okt. – Kejadian keracunan makanan hingga meragut dua nyawa selepas menikmati laksa kebok yang dibeli dari sebuah kedai di Kupang, Baling tular di laman sosial Facebook hari ini.

Satu dimuatkan oleh netizen itu mendakwa satu keluarga di Kampung Gerik, Perak mengalami keracunan makanan dan salah seorang daripada mereka dikatakan maut kerana makan laksa yang dibeli di kedai berkenaan.

Seorang lagi mangsa yang dikatakan meninggal dunia di Hospital Ipoh, Perak pada kira-kira pukul 9 malam semalam akibat kejadian keracunan makanan tersebut adalah penduduk Kampung Kerunai di Gerik, Perak. 

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam satu kenyataan ringkas memberitahu, pihaknya dan Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian keracunan makanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN