KUALA LUMPUR – Seorang tukang cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh adik kandung lelakinya pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Lim Hock Ann, 56, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia. Ini kerana pertuduhan bunuh dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Hock Ann didakwa membunuh Lim Hock Soon, 48, di ruang tamu sebuah unit Flat Sri Murni, Taman Sri Murni, Sentul di sini antara pukul 4.30 pagi hingga 5 pagi pada 6 Oktober lalu. Pertuduhan tersebut dikemukakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya