KANGAR 17 Okt. – Seorang tukang besi dan kayu yang mahir ditahan polis setelah menjadikan kepakarannya itu untuk membuat dan menjual senjata api buatan sendiri, sejak beberapa tahun lalu. Sehingga kini, suspek yang berusia 51 tahun dan menetap di Kodiang, Kedah, dipercayai telah menjual sebanyak 20 unit senjata api berkenaan dengan harga kira-kira RM800 selaras. Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, kejayaan itu adalah hasil penahanan…