Tujuh ditahan bergaduh semasa pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor - Utusan Malaysia

Tujuh ditahan bergaduh semasa pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Tujuh lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian rusuhan dan ugutan jenayah semasa proses pemilihan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tanjong Karang semalam.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 49 tahun ditahan selepas menyerah diri secara berperingkat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor bermula pukul 9 malam hingga 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, penahanan mereka dilakukan susulan empat laporan diterima polis berkaitan kejadian tersebut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kejadian rusuhan di antara dua kumpulan penyokong calon yang bertanding dikatakan berlaku pukul 3.30 petang.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua kumpulan tersebut melakukan ugutan jenayah.

“Bagaimanapun, tiada sebarang senjata digunakan dalam rusuhan tersebut dan kecederaan serius susulan insiden itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 147 dan 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN