Trump ancam kerah tentera, tutup sempadan - Utusan Malaysia

Trump ancam kerah tentera, tutup sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 18 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menghantar tentera dan menutup bahagian selatan sempadan negara ini esok jika Mexico tidak menghalang sekumpulan besar pendatang asing dari Guatemala, Honduras serta El Salvador daripada memasuki AS.

“Saya mesti dengan cara paling tegas meminta Mexico untuk menghentikan mereka dan jika gagal berbuat demikian, saya akan mengerahkan tentera dan menutup selatan sempadan kami,” ujar Trump menerusi Twitter.

Trump mengancam untuk menyekat bantuan ke rantau ini selepas karavan yang membawa beribu pendatang dari Honduras melalui Guatemala ke Mexico, dengan harapan dapat memasuki AS untuk melarikan diri daripada keganasan dan kemiskinan di Amerika Tengah. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN