KUALA LUMPUR 16 Okt. – Anak syarikat Tri-Mode System (M) Bhd., Landbridge Haulage (M) Sdn. Bhd. menandatangani kerjasama dengan OGN Online Sdn. Bhd. memperkenal platform logistik e-dagang iaitu HiClicks Malaysia. Pengarah Urusan Kumpulan Tri-Mode, Datuk Hew Han Seng berkata, HiClicks Malaysia menawarkan penyelesaian bagi memudahkan pembelian produk dari Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS). “OGN merupakan antara platform ‘dropship’ terbesar di Malaysia di bawah jenama Kumoten yang sehingga kini mempunyai kira-kira 20,000 pengguna,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya