PALU 1 Okt. – Suara rayuan mereka yang terperangkap termasuk kanak-kanak meminta dikeluarkan segera dari celah-celah runtuhan kedengaran ketika penyelamat giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas empat hari bandar Palu dilanda gempa bumi yang mencetuskan tsunami. “Kami mendengar banyak suara mintak tolong dari celah-celah runtuhan termasuk suara kanak-kanak,” kata pasukan penyelamat. Usaha menyelamat kini berdepan kesukaran kerana menunggu jentera berat dibawa masuk ke Palu bagi memudahkan operasi SAR…










