Tolak RM15,000 demi Abu sado - Utusan Malaysia

Tolak RM15,000 demi Abu sado

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Lembu jantan bernama Abu seberat 940 kilogram menjadi buah hati seorang peniaga kedai makan sehingga sanggup menolak tawaran harga RM15,000 daripada pihak yang mahu membelinya untuk ibadah korban baru-baru ini.

Mohd. Sapian Safii, 49, dari Kampung Bukit Merbau, Seli­sing, Pasir Puteh, berkata, dia sangat menyayangi lembu ber­usia 3 tahun 2 bulan daripada baka charolais tersebut meskipun terpaksa berhabis wang dan masa.

Mohd. Sapian berkata, nilai terkini Abu di pasaran sudah mencecah RM20,000, namun dia tidak berhasrat menjualnya kepada sesiapa setakat ini lebih-lebih lagi mengenangkan Abu lembu pertama lahir di bawah jagaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mula memelihara lembu pada tahun 2012 sebagai hobi dan tiga tahun kemudian menjadi ‘bidan’ menyambut kelahiran Abu.

“Abu tidak banyak ragam, saya mandikannya dua kali sehari yang mengambil masa dua jam setiap kali untuk membuang segala daki dan kotoran bagi memastikan bulu putihnya bersih,” katanya ketika ditemui pada pameran ternakan sempena Ekspo Tani dan Hijau 2018 di Padang Perdana di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini