Tolak pertarungan RM62.1 j? Merepek! – Presiden UFC - Utusan Malaysia

Tolak pertarungan RM62.1 j? Merepek! – Presiden UFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS 17 Okt. – Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White menafikan laporan yang mengatakan Khabib Nurmagomedov menolak tawaran AS$15 juta (RM62.1 juta) untuk pertaru­ngan ulangan dengan Conor McGregor.

White dalam Instagram memuatnaik laporan berita be­r­tajuk ‘Khabib Nurmagomedov offered $15 million for rematch with Conor McGregor, turns it down. Will fight Ferguson and retire’, yang diikuti dengan komen: “Merepek”.

“Berita ini adalah merepek nombor satu!” tulisnya.

Khabib, 30, turut memberi respon terhadap komen White dengan mengakui, terlalu ba­nyak berita palsu sejak kebelakangan ini.

“Semua sudah di luar kawalan. Terlalu banyak berita yang merepek,” kata ja­guh sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) dari Rusia itu.

Sebuah akhbar Rusia baru-baru ini melaporkan kenya­taan bapa saudara Khabib, Alex Nurmagomedov bahawa anak saudaranya enggan me­ngadakan pertarungan ula­ngan dengan McGregor, sebaliknya lebih teruja untuk bertemu bekas juara lightweight interim UFC, Tony Ferguson.

White juga menegaskan, hubungannya dengan Khabib adalah bagus, biarpun terdapat khabar mengatakan mereka kini ‘dingin’ gara-gara kekecohan yang dicetuskan bintang Rusia itu sejurus tamat pertarungan lightweight UFC 229 bertemu McGregor di Las Vegas, minggu lalu.

“Kami bagus. Hu­bungan saya dan Khabib cukup baik.

“Anda (media) masih melaporkan tentang perkara itu (ketegangan), ia sudah se­minggu berlalu. Banyak yang berlaku minggu ini, ini adalah perniagaan,” katanya kepada TMZ. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN