JOHOR BAHRU 9 Okt. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menjadi Penaung Diraja Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ). Presiden MBNJ, Sallehen Mohamad berkata, pihaknya amat berbesar hati dan menjunjung kasih atas kesudian Tunku Ismail menerima jawatan berkenaan. “Kesudian Tunku Ismail dalam mendampingi golongan belia merupakan suatu pengiktirafan terhadap peranan serta tanggungjawab yang dipikul generasi belia. “Perkenan itu memberi semangat kepada kami untuk terus memberikan tumpuan terhadap usaha-usaha…










