TMJ melawat HSA - Utusan Malaysia

TMJ melawat HSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Okt. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengadakan lawatan ke klinik pakar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini sebentar tadi.

Putera sulung Sultan Johor itu beramah mesra dengan pesakit dan pelawat selain melihat sendiri kemudahan, prasarana dan fasiliti di hospital berkenaan.

Tunku Mahkota Johor tutut menyampaikan sumbangan kurnia kepada pihak HSA dengan diiringi Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz.

Sementara itu, Selahuddeen berkata, pihaknya menjunjung kasih atas kesudian Tunku Ismail ke HSA yang disifatkan amat prihatin terhadap perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

“(sebelum ini) Tunku Mahkota Johor selalu juga menghadiri hospital untuk melihat fasiliti dan layanan kepada pesakit.

“Perkara ini bukanlah satu perkara yang baru dan semasa kebakaran (HSA) pun Tunku Mahkota Johor dan Sultan Johor amat prihatin dan telah memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan di negeri Johor diteruskan dan memberi bantuan,” katanya ketika ditemui.

Tunku Ismail menerusi tulisannya dalam Twitternya kelmarin, memohon kerajaan mempertimbang untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan di negeri ini berbanding merancang membina semula jambatan bengkok.

Beliau berpendapat, lebih baik kerajaan tambah peruntukan perkhidmatan kesihatan termasuk membina Hospital Pasir Gudang seperti yang ditangguhkan ketika ini.

Selain itu, Tunku Ismail dalam Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor baru-baru ini mahu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal memantau semua hospital serta pasar-pasar awam di seluruh Johor.

Dalam tulisan itu juga memberitahu Tunku Mahkota Johor sendiri akan memantau segala-galanya dan turut menyatakan perancangan untuk mengadakan hab perubatan di Johor serta membina lebih banyak hospital agar dapat mengurangkan kesesakan pesakit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN