JOHOR BAHRU 18 Okt. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengadakan lawatan ke klinik pakar di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini sebentar tadi. Putera sulung Sultan Johor itu beramah mesra dengan pesakit dan pelawat selain melihat sendiri kemudahan, prasarana dan fasiliti di hospital berkenaan. Tunku Mahkota Johor tutut menyampaikan sumbangan kurnia kepada pihak HSA dengan diiringi Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz. Sementara itu, Selahuddeen berkata, pihaknya menjunjung kasih atas kesudian Tunku Ismail ke HSA yang disifatkan amat prihatin terhadap perkhidmatan kesihatan di negeri ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya