Tinggal bayi di laluan pejalan kaki - Utusan Malaysia

Tinggal bayi di laluan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Okt. – Seorang wanita terkejut apabila bunyi nyaring seakan-akan kucing mengiau rupanya suara seorang bayi yang ditinggalkan di laluan pejalan kaki berhampiran Perhentian Bas Kota Bharu, di sini pagi ini.

Bayi perempuan cukup sifat tersebut hanya dibalut sehelai kain dan ditemukan wanita berusia 30 tahun itu bersama dua rakannya kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum itu, wanita tersebut yang berada di kaunter tiket perhentian bas terdengar bunyi seakan-akan kucing meraung datang dari laluan pejalan kaki tidak jauh dari situ.

“Sebaik sahaja meninjau di lokasi tersebut, dia melihat seorang bayi perempuan tanpa pakaian dan hanya dibalut dengan kain warna gelap sedang menangis dan segera menghubungi pihak polis.

“Bayi itu kini ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan disahkan dalam keadaan sihat dan cukup sifat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bayi terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN